CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 27, 2009

Perjuangan Masih Belum Selesai, Sabar

ROCK la weyh!

Hee, saya kembali menge-post di sini. Baru ada mood sebenarnya. Sebenarnya sebelum-sebelum ni bukannya tak on komputer ni langsung! Tipu la macam tu. Saya hanya jenguk-jenguk blog kawan-kawan, on MS & FB. Yang syoknya, sempat download lagu dari Metalica woa. Haha saya dengar lagu band tu? Gila la! Oh tidak!!! Itu untuk B, hee. Sebelum ni ketika handphone S.Ericson W600i masih elok selalu layan A7X.

Untuk SPM tinggal lagi 4 kertas belum jawab.
Prinsip Perakaunan, Science, Ekonomi Asas & Geografi. Apa fasal Geografi buat lambat-lambat? Cemburu tau dengan calon SPM yang lain! Hisap betul! Tapelah, sabar-sabar.
Tadi jenguk ke blog Anis Athirah. Haha dia cemburu sebab student yang tak ambil SPM post kat wall FB 'esk nak g tgk New Moon & bla bla'. Nyah! Relaxlah. Hee, aku dah tengok salah satu daripada poster movie yang kau post tu. Tapi yang pastinya bukan Pisau Cukur! Haha :P

P/S: Tadi taip fasal benda lain, tapi tapelah. Jaga hati orang lain.

Wednesday, November 11, 2009

All The Best & Good Luck !

credit to : anis athirah rosmin


P/S: away away 18 Nov - 15 Dis

Saturday, November 7, 2009

Oh, sembunyi-sembunyi ya?

Yeah! Finally i break my promise! Why? I'm still blogging :) Cakap dalam bahasa ROJAK "because i cannot TAHAN!"

Hehe. Post ni fasal kawan saya yang DUA orang tuu. Tau siapa? Mereka tu. . . Yang sorok-sorok fasal blog mereka. Anis Amanina Roslan & Anis Athirah Rosmin. Anis Amanina yang buka cerita fasal blog-blog. Hah! Amik kau, blog kau yang kitorang jumpa dulu! Thanks to Google :) Kemudian blog si Anis Athirah Rosmin. Wah! Sembunyi-sembunyi! Aku tujukan khas lagu Kantoi daripada Zee Avi kepada korang! Hee, bluek!


P/S: AAR & AAR

Sunday, October 25, 2009

Menghilang, Pergi Berjuang

Hari ini hari terakhir saya mem-blog-ing! Haha. Hari untuk menduduki SPM hampir tiba. Jadi, selamat berjuang & berjaya kepada MANGSA CALON SPM 2009!

Untuk kali yang ke-3 kita duduk macam ni weyh!

P/S: Ya away! away! far away! No WAY! *Glup!*

Friday, October 23, 2009

Dia . . . Firdaus

Petang tadi air mata saya mengalir kerana tidak dapat menahan sebak didada. Perasaan simpati, geram & macam-macam lagi. Pada kebiasaannya, setiap hari iaitu hari persekolahan saya akan menjemput adik dari sekolah pada pukul 6:20 petang. Memandangkan hari ini hari Jumaat, adik pulang agak lewat.

Cuaca petang tadi mendung pada permulaannya dan ia menandakan hari mahu hujan. Tekaan saya tepat. Sebelum menjemput adik, saya sempat terlena sebentar di atas sofa tanpa menukar uniform sekolah. Tepat 6:20 petang saya sedar dari tidur. Saya mencapai payung berwarna merah di dalam bakul di tepi rak. Saya berjalan perlahan-lahan kerana takut air terpercik di kain. Apabila tiba di jambatan saya terlihat ada dua orang warga asing sedang meneguk minuman keras. Niat saya terbantut untuk ke seberang jalan untuk menjemput adik. Jadi, saya hanya menunggu di tepi kaki lima.

Beberapa minit kemudian saya ternampak adik menaiki tangga jambatan. Di hadapan adik berjalannya seorang budak lelaki beruniform sekolah menengah. Tingginya sama dengan adik. Budak lelaki itu kelihatan gelisah kerana hujan. Tangan kirinya memegang beg yang terputus & tangan kanannya memegang buku-buku. Kelihatan adik tersenyum-senyum dan berkata sesuatu kepada saya ' kenapa kakyu tak lambai kat adik? ' Saya tidak menjawab soal adik. Mata saya terus memandang ke arah budak lelaki itu. Saya kemudian berjalan ke arah budak lelaki tersebut dan bertanya... ' adik tak bawak payung ke? '. Dia kemudian menjawab... ' tak '. Saya bertanya lagi... ' adik tinggal kat mana? ' Dia... ' kat Bangsar '. Lantas saya berfikir, berjalan kaki dari Brickfields ke Bangsar dalam hujan? Kasihan dia. Saya kemudian menawarkan diri untuk menghantarnya. Macam-macam soalan yang saya tanya. Katanya, pada kebiasaannya dia pulang bersama kawannya, tetapi hari ini kawannya tidak hadir ke sekolah. Kemudian saya terpandang beg silang yang dibawanya putus. Katanya, rakan sekelasnya yang menarik begnya sampai terputus dan memukul badannya dengan kayu sebesar lengannya. Katanya cikgu tidak melayan aduannya. Dia tinggal di kawasan PutraRia, Bangsar. Anak keempat daripada sembilan adik beradik. Tingkatan 2.

Hati saya mula sebak dan bertanya siapa namanya. Jawabnya Firdaus. Saya memperkenalkan diri saya dan adik. Saya meminta kebenarannya untuk naik ke rumah sebentar untuk mengambil payung. Air mata saya mengalir ketika saya membuka pintu. Mak yang duduk di sofa terkejut melihat saya. Saya kemudian mempelawa Firdaus masuk ke dalam rumah. Saya berlari menuju ke bilik, mengelap air mata & mencari beg sekolah yang tidak lagi digunakan. Mak kemudian bertanya pada adik siapa budak lelaki tersebut. Saya kemudian menceritakan semuanya kepada mak. Pada waktu itu mak bersiap-siap untuk ke pasar malam. Mak kemudian mempelawa untuk menghantarnya pulang, memandangkan mak tidak berapa tahu jalan untuk ke rumahnya. Kami hanya menghantarnya sampai ke tapak pasar malam sahaja. Dalam perjalanan mak menasihatinya supaya rajin-rajin belajar dan jangan bergaul dengan budak-budak nakal. Saya menemaninya berjalan di lorong pintas untuk ke Bangsar. Berat hati saya untuk melepaskan Firdaus berjalan seorang diri. Saya berkata padanya ' adik, kalau orang pukul, adik lawan la balik ya ' Dia menjawab... ' mak cakap biar je dia pukul, jangan lawan '. Pada saat itu saya melihat air matanya turut mengalir. Saya mengusap rambutnya dan berkata padanya ' belajar rajin-rajin, akak tak suka adik kena macam ni, kalau adik ada apa-apa bagitahu kat adik kakak ya, akak cuba tolong. ' Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih. Saya menyuruh dia berjalan dengan cepat kerana hari sudah gelap. Saya memerhatikannya dari jauh sehingga tidak kelihatan lagi dia di lorong itu. Jumpa lagi Firdaus.

Kita bertuah kerana hidup selesa. Dia? Dia ke sekolah membawa wang saku atau tidak? Apa yang dimakannya pada waktu rehat? Kasihan. Dia hanya berjalan kaki. Kita? Kita bernasib baik. Satu lagi! Perlukah kita membuli orang yang lebih kecil fizikalnya berbanding kita? Memukulnya? Adakah itu yang dipelajari di sekolah? Adakah dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar perkara itu? Kurangnya perhatian daripada ibubapa menyebabkan mereka bertindak seperti itu. Kita dihantar ke sekolah supaya lebih berilmu dan menjadi orang yang berguna. Tidak perlu membuli orang lain kerana saya pasti semua orang tidak mahu dibuli.


P/S: Sehingga kini air mata saya masih mengalir . . . (tamat 11:38pm)

Friday, October 16, 2009

Penggredan SPM 2009 [Terbaru]

Untuk maklumat lanjut sila ke lawan web ini .

P/S: Woo! Seram!

Thursday, October 15, 2009

Kata - kata Semangat kepada 'Mangsa' SPM 2009

There are no secrets to success. It is the result of preparation, hardwork, and learning from failure!


P/S: Tiada rahsia untuk berjaya. Ia hanya keputusan di atas persediaan, kerja keras & belajar daripada kegagalan.

Wednesday, October 14, 2009

Raya 2009 - Part 2

Sabtu, 10 Oct 2009. Lokasi bergambar: Rumah Amanina Aziz. Tak ramai yang pergi beraya sabtu lepas. Agak meriah. Hee.

Mereka sampai dulu.
Anis Amanina, Hanis, Amirah Othman, Hidayati, Shafiqah, Ferrlia

Kami tiba agak lewat, tapi Anis Amanina masih dimeja makan. Hebat!
Naz, Anis Amanina, Anis Zulaikha

Anis Zulaikha & sape tahh :P

apa masalah mereka???

classmateMAD!
Diana, Anis Amanina, Nazatul
Shafiqah, Hanis, Amanina, Anis Zulaikha, Syuhaidah
Amirah, Helwa, Ferrlia , Hidayati


P/S: Thanks Syuhaidah! Belanja eskem Magnum yumyum!

Friday, October 9, 2009

Bulat - bulat kepada Panjang - panjang

Hee, bosan dengan yang bulat-bulat & kelip-kelip. Sakit mata tengok!

Selamat tinggal . . .

Hee...

P/S: Ada-ada aje . . .